CoMe TaKe PicTuRe :)

Friday, 27 April 2012

KAMAR SYURGA



Bilik-bilik di Syurga

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang
dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia. "Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah s.a.w.?" tanya para sahabat. "Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang
memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta
solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya." "Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah
menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai
berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa.
Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Rasulullah s.a.w. menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.