CoMe TaKe PicTuRe :)

Sunday, 6 May 2012

Be Careful!

Jaga-jaga dengan 3 sifat tercela ini semasa kita berfacebook. 

1) Sifat 'Ujub = berasa bangga dengan menceritakan pengalaman dan keistimewaan diri sendiri. Perasan hebat. Syok sendiri.

2) Riya' = memperlihatkan amalan perbuatan sendiri untuk dipuji orang lain. Menunjuk-nunjuk.

3) Sum'ah = memperdengarkan/memberitahu/memaklumkan perbuatan sendiri untuk dipuji orang lain.

Amalan yang kita lakukan boleh rosak akibat sifat2 buruk ini. Kita semua kena hati2 sebab ia terbit dari hati dan Syaitan laknatullah sentiasa berusaha untuk menyesat dan memesongkan kita semua.

Semoga ALLAH `Azza wa Jalla pelihara saya dan sahabat2 FB sekalian dari sifat-sifat buruk dan merugikan ini....aamiin.

~Dipetik dari kata-kata Ustaz Shahmuzir Nordzahir~

Muhasabah Diri ..