CoMe TaKe PicTuRe :)

Thursday, 12 July 2012

‎~~ 10 Sifat Calon Suami Yang Soleh ~~


Lelaki yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri.

Wahai Uhtina fillah carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat seperti ini.......Senang nyeee...bila mendapatkanya......selalu Terukir Senyuman...

Dan Jika anda seorang lelaki,jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Kuat amalan agamanya.... Menjaga sholat fardhu,kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan...

Akhlaknya baik,Dia seorang yang nampak tegas,tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Bertutur kata Degan sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

Tegas mempertahankan maruahnya.Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan Martabat dan PribadiNya..

Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

Tidak boros,tetapi tidak juga pelit....He hee.... Tahu membelanjakan uang dengan bijaksana.

Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

Pergaulan yang terbatas,,,Bukan Berarti Kuper....Ya Tidak....???..... tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

Mempunyai rekan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama....

Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya....Pasti Dia Seorang Yang Sholeh.....Mantafff kan....??

Wajah yang tenang, tidak kira semasa berbicara atau membuat Pekerjaan atau masa kecemasan...

Jika berhadapan dengan masalah, janganlah mudah melatah dan cepat marah kerana syaitan tidak suka manusia dengan kesabarannya. Maka cobalah untuk bersabar dan terus bersabar, INSYAALLAH akan diberi ketenangan.

Selalu menCoba untuk mendengar alasan dan teguran, mana tahu di sebaliknya itu terdapat kebenaran dan sebagai panduan diri untuk membaiki diri menjadi lebih baik...

Tiada nasihat Dan Pesan lain yang mampu diberikan kepada Uhty fillah selain daripada sabda Rasulullah......Walaupun hadis ini ditujukan kepada Para Ikhwan..tetapi percayalah,hadis ini juga berguna Untuk Para Uhty Fillah

Rasulullah bersabda yang mafhumnya,kahwinlah seseorang disebabkan keturunan,wajah,harta dan agamanya,yang paling baik ialah AGAMAnya.

Hanya orang Yg Beragama saja faham hak-hak Seorang Ahwat,,,maka PILIHlah yang berAGAMA dan PILIHlah yang MENERIMA anda seadanya,bukan kerana keturunan anda,bukan kerana harta anda,bukan kerana wajah anda,tapi KERANA ANDA ADALAH Diri sendiri...Sebagai Seorang Hamba Allah..

AURAT ..........


Setiap kali mesti AURAT dikaitkan dengan kaum HAWA.


Kaum ADAM sedap dok SHARE mengenai aurat perempuan di FB untuk memberi peringatan kepada kaum HAWA. Itu bagus!


Tahu Ke tak? Kaum ADAM pun ada AURAT gak. Jangan wat dok sedor gitu..


p/s: win-win situation utk kaum HAWA beri peringatan kepada kaum ADAM


Add caption
Add caption

Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut :-


Sabda Rasulullah SAW:

“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)

Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut

Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)

Wallahu’alam….